Sunday, October 07, 2007

buat budak2 yob4ever..sila baca statement ini dengan teliti!!!


Menjawab isu-isu yg dibangkitkan oleh yob4ever dan media beliau menegaskan bahawa PAFA masih mempunyai sumber kewangan yang kukuh stabil dan pada musim hadapan PAFA akan membelanjakan sebanyak RM3.5 juta dan peruntukan kewangan akan disediakan oleh Kerajaan Negeri dan juga pihak penaja. Selain daripada itu PAFA juga bercadang di masa hadapan untuk memajukan kawasan di Meru Raya untuk dijadikan pusat latihan dan juga Apartmen para pemain.


Serentak itu beliau mengumumkan 13 pemain yang dikekalkan dan kemasukan 5 pemain Piala Presiden dan seorang pemain Belia serta dua permata hitam Perak masih dikekalkan iaitu Keita Mandjou dan Traore Abdullaye.Beliau juga mengalu-alu kan kedatangan Hardi Jaafar dan Mohd Noor Ismail ke pangkuan pasukan Perak dan juga menyatakan bahawa seorang pemain tengah tempatan masih dalam perundingan.

Ahmad Shahrul, Boted, Nasril, Chan, Nantha, Khairi, Azlan, Subramaniam, Daniel, Khalid, Arul, Keita & Traore 2

kemasukan baru:1. Mat Nor (Johor FC)2. Hardi Jaafar (Telekom Melaka FC)Seorang pemain tengah masih dalam proses rundingan.

Pemain Piala Presiden:1. Ahmad fakri2. Razali Umar3. Fauzi Arifin4. Arif5. khairul Effendy

Pemain Skuad Belia:1. Nor Hazrul



sumber: yob4ever.com.my
Oleh: AloyBoy & Cha Eir